Wednesday 7 November 2012

I'm 22 Years Today

hari ini 7 november 2012 genap usia ku 22 tahun . .Terima kasih tuhan kerana memanjangkan umurku sehingga ke akhir ini. Terima kaseh emak ayah . .keranamu aku hadir di dunia terima kaseh juga kerana dengan kaseh sayangmu aku membesar dengan sempurna sehingga ke akhir ini.atas pengorbanan mu mak ayah. .aku berada di sini hampir mencapai cita-citaku yg menjadi harapanmu.

Ya Allah . .aku teringin menyambut hari lahirku dengan anak-anak yatim . .atau di rumah anak yatim..ingin berkongsi ari bahagia ku bersam mereka yg kurang bernaseb baik.untuk masa ini mungkin aku tidak mampu .mungkin isyallah satu hari nanti dengan iziMu ya Allah kau perkenankanlah niat suci aku ini . Ya Allah..kau panjangkanlah usiaku kau murahkanlah rezekiku kau angkatlah darjatku . .kau permudahkan lah segala urusaku. .berikanlah aku kesihantan yang baik dan kau lindungilah orang2 yang sentiasa berada disekelilingku,disisiku dan dihatiku dari segala bahaya dan bencana . .kurniakan rezeki untuk mereka..amin..

Saturday 20 October 2012

mungkin kalau bukan kerana facebook mungkin aku tidak mengenali dirimu. atau mungkin takdir kami dipertemukan begitu.ya allah aku bahagia memiliki dirinya.janganlah kau jauhkan dia dari hatiku.walaupun kami berjauhan, kuatkanlah rasa cinta kami.mungkin itu ujian untuk kami.biarpun dia tidak merindui aku..aku tetap merinduinya..aku mahu mencintainya selama hidupku walaupun aku tahu aku tidak boleh menjadi yang sempurna dimatanya..aku mahu dia mencintai segala kekuranganku.aku aku juga menerima segala kekurangamu.

Sunday 16 September 2012

~BUAT CALON IMAMKU~

untuk bakal imamku, bakal pemaisuri hatimu ini mungkin seorang yang degil, manja, mengada, dan sebagainya. bersabarlah. tabahlah.


Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharap
Jika nanti Allah mempertemukan kita
Kau akan selalu membimbingku
Agar aku menjadi wanita yang solehah
Yang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurga
Kerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat..


Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakku
Jadilah ayah yang boleh mendidik anak kita
Agar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita
di dunia dan di akhirat
Iaitu anak yang soleh dan solehah
Yang boleh menjunjung tinggi Agama Allah


Andai engkau ditakdirkan untukku
Ku harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakku
Kau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kita
Kau boleh mencintai aku apa adanya
Dan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan


Dan andai aku salah
Tegurlah aku dengan kata-katamu
yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaan
Andai aku marah
Belailah rambutku dengan penuh kasih sayangmu
Agar marahku boleh berubah menjadi kelembutan
Andai aku lupa
Ingatkanlah aku dengan penuh kasih sayang
Agar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita


Kerana
Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggaku
Yang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNya
Jalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu.


Insya Allah. Aamiin Aamiin. hanya ini yang ku pinta.

Sunday 24 June 2012

Maafkan Aku Sahabat

Dear Siti Fatimah Zaharah...aku mintak maaf kalau kau marah kat aku sbb tak dapat pergi tempat yg kau nak pergi...tp at least aku dah bagitahu kau yg aku kuar dan tak balik lagi.tp kalau kau nak marah itu hak kau...aku tak tahu apa yang kau marah sangat.aku pernah berada di situasi kau...aku dah penah rase apa yang kau rasa hari ni...kau sakit hatikan kalau sesuatu yg mmg kau nak pergi tp org lain tak nak pergi..cm tu zarah perasaan aku mase aku ajak korang kuar tgk wayang or jalan-jalan...kau kate kau bz,kau takde duet..kau suruh aku paham kau...sbb kau paham aku..yess..aku simpan marah aku...tak siapa tahu..melainkan aku sendiri..aku sedih?mmg aku sedih...tp aku saba sbb aku cuba paham kau...aku mmg tak boleh nak pakse org ikut ape yang aku nak...aku syg kau zarah..aku tak nak kite gaduh...so aku pilih untuk diam. tp hari ni..aku tak tahu...kau marah sangat ke kat aku...sdgkan aku dah bgtahu awal2 yang aku tak pergi...daripada org yg tak bgtahu ape2..kalau kau org bijak mesti kau boleh fikir....aku mintak maaf sekali lagi..

Saturday 14 April 2012

Limpahan Nur Iman Dambaan Permata KasiH

14/4/2012..Program ni anjuran kolej anggerik di Asrama Darul Falah dekat area Bangsar..kalau tidak ade yang menarik diri mesti aku tak dapat pergi..tp alhamdulilah dengan izin allah..ade yg menarik diri dan aku dapat join program nie...lepas subuh kami berkumpul dan bertolak dari bus stop FSPU..dalam pukul 8 pagi kami sampai di asrama tu..mase samapai tu..adek2 kat asrama tu tgh makan sarapan pagi..mase mule2 sampai tu rase sedih sgt n sebak tengok deorg..keadaan deorg...pakaian deorg...tempat deorg tinggal.....jauh dari org ramai..dekat ats bukit..susah kalau nak keluar bandar..mase berkumpul kat dataran asrama,deorg (adek2 asrama) ade berbual tp mengunakan satu bahase yg aku n kawan2 tak tahu...lame2 baru aku tahu yang deorg nie sume adalah anak2 org asli yang tinggal di kawasan jauh nun pendalaman..deorg datang ke asrama tu untuk menjadi seorg islam dan dihantar untuk belajar supaya dapat bersaing dengan masyarakat lain.kiranya mereka saudara baru dalam islam..dihantar ke asrama tu untuk menjadi seorg islam yg betul2 islam..kerana ibu bapa mereka dulu tidak mempunyai pegangan ape2 dan tak tahu pasal islam..mereka juga ade yang sudah menjadi anak yatim..sewaktu sesi pekenalan mereka semua malu2 dan segan tp semakin lama semakin ok dan boleh dibawa berbual..mereka tak suke memakai selipar padahal tempat mereka kotor...tp mereka selesa..aku dan rakan2 membantu membersihkan kawasan asrama mereka...kami cuba mengidahkan kawasan bilik tidur mereka walau x seberapa sekurang2nya bila ditanya mereka sangat suke ap yang kami buat tuk bilik mereka...kami makan bersama dan solat bersama..macam biasa setiap pertemuan pasti ade perpisahan..walaupun waktu perkenalan kami singkat tp kemesraan tu tetap terasa...maseh nak pulang semua adek2 salam..mcm sedih je deorg..deorg ade ckp suruh datang lg...insyallah adek ya :)....kalau umor yang panjang insyallah kita jumpa lagi...

tampal wallpaper sempat lagi posing

adek-adek asrama darul falah...(mcm rakan sebaye kan)

Ni je yang akak mampu buat...susun n decorate sikit rak buku

Monday 9 January 2012

Saya mahu jadi seperti Saiditina Aisyah

Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.
Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.
Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.
Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.
Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”

Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Thursday 5 January 2012

Istemewanya November


  •      Banyak idea dalam beberapa perkara.
  •      Sukar untuk dimengertikan atau difaham sikapnya.
  •      Berfikiran ke hadapan.
  •      Berfikiran unik dan bijak.
  •      Penuh dengan idea-idea baru yang luar biasa.
  •      Pemikiran yang tajam.
  •      Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.
  •      Sesuai jadi seorang doktor.
  •      Cermat dan teliti.
  •      Personaliti yang dinamik.
  •      Sifat yang perahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.
  •      Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.
  •      Berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran.
  •      Terlalu degil dan keras hati.
  •      Apabila berkehendakkan sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.
  •      Tak suka marah kecuali apabila digugat.
  •      Mudah ambil berat terhadap orang lain.
  •      Pandai muhasabah diri.
  •      Cara berfikir lain dari yang lain.
  •      Otak yang sangat tajam.
  •      Pandai mendorong diri sendiri.
  •      Tidak menghargai pujian.
  •      Kuat semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendakkan sesuatu.
  •      Cuba sampai berjaya.
  •      Mempunyai badan yang sasa.
  •      Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.
  •      Suka duduk dirumah.
  •      Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.
  •      Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.
  •      Tidak berapa berjaya mengawal emosi.
  •      Bercita-cita tinggi.
  •      Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.